Seoul
09:02
Pic credit : Jimmy tourguide
Nak share few items yang iolss beli masa winter trip hari tu 1/12/2016 - 8/12/2016. Tak ada la winter pun sebab time tu tak turun salji lagi cuma suhu dah cecah -2 degrees to -4 degrees. Shopping dekat Korea murah giler. Rasa nak borong satu kedai. Face mask memang kebabom murahnya 30 pcs boleh dapat dalam 10,000 won. Rabak duit woiii.
For me brand yang murah ETUDE HOUSE, NATURE REPUBLIC dan MISSHA.
ARITAUM Full Cover Foundation (12,00 won)
MISSHA Eye Shadow (6,000 won)
SKINFOOD Black Sugar Mask (7,200 won)
NATURE REPUBLIC Aloe Vera (4,400 won)
*tapi ada kedai yang jual lagi murah daripada ni. Sama jenama dan ori. Boleh dapat 3,900 won. Survey dulu kedai2 lain sebelum beli. Barang lain harga sama je dekat semua store*
NATURE REPUBLIC Gel Eyeliner (2,970 won)
NATURE REPUBLIC Lipstick (6,320 won)
NATURE REPUBLIC Stick Eyeshadow (5,600 won)
NATURE REPUBLIC Pencil Eyeliner (3,850 won)
INNISFREE No Sebum Powder (6,000 won)
INNISFREE Eye Brow (5,000 won)
TONYMOLY Panda's Eye Cream (7,800 won)
Semua ni FREE GIFT. Makin banyak korang beli makin banyak free gift dapat. Kalau dekat Myendong je korang boleh dapat free gift macam face mask, kalau tempat lain dia bagi free sample yang travel size tu. Kalau korang nak collect face mask, wajib masuk kedai tu. So trick di sini, korang ambil dan masuk kedai tu, buat2 usha produk dia, test sikit lipstick ke blusher ke bagi nampak yang korang ada tengok produk tu, then baru lah korang berjalan keluar dari kedai dengan aman. HUHU. Selamat mencuba gaissss.
Nak dapat TAX FREE/REFUND korang kena shopping melebihi 30,000 Won. Bila refund dapat dalam 3,500 Won. Banyak tuuu. Korang boleh beli banana milk tiga tau. Trick dekat sini, korang shopping dengan kawan,family, cousin kan. Jadinya bayar serentak la. Jangan la sorang dah habis shopping dia gi banyar dulu.Kalau dia sorang je dah lebih 30,000 won tak pe la. Ni ye pun beli satu je item. Rugi tau uolssss. JANGAN LUPA BAWA PASSPORT BERSAMA KALAU NAK DAPAT TAX FREE. Ex: Ada kedai yang dah siap potong terus dari total barang yang korang beli, ada kedai yang dia akan bagi resit suruh korang refund sendiri dekat airport.
THE FACE SHOP Make Up Base (4,000 won)
THE FACE SHOP Blusher (5,500 won)
ps : harga ni lebih kurang dekat Malaysia je. Beza dalam 2/3 ringgit je uolss. Kalau FACE SHOP Malaysia temgah buat sale dapat harga sama macam dekat Korea.
ETUDE HOUSE Drawing Eye Brow (dalam 2,000 won ++) "tak ingat,resit dah hilang"
ETUDE HOUSE Eye Lash (4,000 won)
ps : etude house memang murah giler
22 CHOSUNGAH Lip & Cheek (13,000 won)
"Ni beli dekat LOTTE EL CUBE. Mahal giler. Then, esoknya pergi WATSON, you know what dekat watson dapat harga 9,000 won jeeee. Sebab time tu WATSON tengah buat Christmas Sale. Dekat LOTTE EL CUBE ni ada jual macam-macam brand la etc : 22 Chosungah, Moonshot, 3CE dll semua bawah satu store. Ada jual baju branded la tapi. Then gabung pulak dengan kedai LINE yang patung tu.
Trick korang kena la rajin jalan cuci mata, usha price dulu, compare then baru beli kay. Terutamanya korang kena usha dekat WATSON dengan OLIVE & YOUNG memang selalu ada sale besar-besaran.
APA YANG ADA dekat WATSON dengan OLIVE & YOUNG???
Brand: Pony Effect, Kate, Maybeline (Malaysia murah lagi),Clio, Peri Pera, Essence (Malaysia murah lagi), Catrice, 22 Chosungah, Son & Park banyak lagi tapi lupa wehhh. 3CE dengan Monnshot memang tak de lah dekat sini sebab tu memang brand gempak.
PERI PERA Ink Moist (7,200 won)
"Peri Pera Ink moist not last longer dekat bibir, kalau nak last longer beli yang Matte or ada satu lagi jenis tu. Dua tu je tahan. Peri Pera ni dekat Korea memang murah giler ahhh nak bandingkan dekat Malaysia. Dekat Malaysia RM 40 kott. Sana bila convert baru RM 28."
ps : PERI PERA ni beli dekat WATSON. As usual la ada sale. My cousin beli dekat CLIO STORE dekat Myeondong harga 9,000 won. Dekat WATSON dengan OLIVE & YOUNG harga 7,200 je tau uolsssss. So, sebelum korang pergi menyopping dekat Myendong tu, better korang pergi usha harga dekat watson dengan olive & young supaya dapat penjimatan berganda.
INNISFREE Cushion (20,000 won)
INNISFREE Cushion Christmas Special (24,000)
ps : harga casing, cushion dengan tempat tempek dia tu semua harga asing. So total semua 2o,ooo won. Yang christmas special tu maksudnya produk tu lepas ni dah tak ada dah. Ala2 Limited Edition gitu. My mum je beli sebab macam tak sesuai je skin iolsss pakai ni
Socks (1,000 won)
Serius dekat EWHA WOMEN UNIVERSITY ni je pernah nampak stoking gambar kpop ni. Ada pun dekat tempat lain harga 2,000 won and tak banyak store yang jual design kpop ni. The only shop in Ewha Women University kottt. Tapi group yang femes je ada etc : Big Bang, BTS, Seventeen, Zico BlockB, Shinee, Got7, Captain Yoo, sorry girls group memang tak jual gaiss.
10 +10 Mask (9,500 won)
Tapi kalau korang pandai cari boleh dapat 3 packs (10,000 won). Early Jan/ Feb 2018 EXO ada nak buat macam fan meeting la dekat Nature Republic. So kalau betuah boleh jumpa deme.
Tak payah jejak Myeondong pun tak apa. Setiap area yang korang duduk tu melambak giler kedia-kedai kosmetik ni. Dalam satu kawasan tu je dah ada 3 kedai yang sama. Seriusss
BANILA CO ni boleh tahan la mahai dia. Tapi bagus giler kottt produk dia. Yang femes Primer Banila Co ni. Ada beli for my sister harga dia 33,000 won (iolss tak sempat nak snap). Harga Banila Co ni lebih kurang dekat TOO COOL FOR SCHOOL & MOONSHOT (JENAMA YG ENT).
Semua produk ni tip top cuma duit je tak cukup. Kahkah.
THE SAEM
NATURE REPUBLIC
BANILA CO (ni pun curi2 ambil gambar then kantoi)
Selagi tak tebal resit, tak balik
Niat just nak share dengan korang supaya prepare and bawa duit secukupnya kalau nak shopping gempak. Masa 1st sampai tu rambang mata sampai tak tau nak beli apa. Bila nak dekat balik Malaysia barulah kabut nak pick up semua yang ada dekat store tu. *jangan jadi macam saya gaiss*. Iolss just beli makeup yang basic je cause im not a makeup person
Okay sampai di sini sahaja. Nanti iolss update lagi tips/places dekat Seoul and my Vlog too. Nanti iolls akan cerita jugak pasal tour guide and halal food.
0 comments