Persiapan Sambung Belajar Ke Luar Negara (Australia) Tajaan MARA 2017

05:20

1. APPLY UNIVERSITY

- Laju2 apply Universiti pilihan korang sama ada uni tu boleh cut credit ke tak sebab dalam surat perjanjian MARA akan tulis nak taja kita selama berapa tahun. Macam aku MARA nak taja 2 tahun je so terpaksa jugak la pilih uni yang boleh cut credit.

- IDENTIFY agent yang korang nak deal. Aku pakai agent IDP EDUCATION. Ada banyak branch. Jadi aku pilih branch Ampang sebab boleh pergi naik train ja. Banyak agent lain. So far IDP EDUCATION aku rasa servis dia bagus.

- Cara untuk contact IDP pakai emel ja. Nah info.kualalumpur@idp.com. Cakap University mana korang nak apply then IDP akan bagi University punya form untuk isi. Then submit balik Form tu melalui emel jugak. Apply sebanyak mungkin University yang korang nak untuk buat backup. JANGAN APPLY SATU

- Tempoh masa untuk dapat offer letter lama jugak la dalam 2-3 weeks depend kalau musim tu ramai orang apply then slow la progress tu. 

- Lepas dapat offer letter, inform IDP yang korang nak accept ke tak or korang tengah nak buat IELTS. Apa-apa pun korang mesti inform IDP even korang kena repeat IELTS.

- Macam kes aku nak ke Aussie. Uni yang terima untuk cut credit UQ & UNSW je. Intake ke Aussie Feb, July, Sep. Kalau nak ke UK hanya ada September sahaja. Sebenaqnya MARA bagi je p UK sebab call MARA hari tu dan orang tu cakap boleh.


1.1 PASSCODE EXPIRED 

- Satu lagi kes menarik, sebenaqnya aku nak p bulan Feb punya intake tapi IELTS tak lepas pulak. Redho. Masa tu dah semangat nak p sebab dah dapat offer letter dari UQ & UNSW. Then aku ignore je offer letter tu. Tau2 bila nak apply untuk pergi July ni offer letter tu dah expired. IDP kata boleh defer balik. So aku nak defer both Uni punya, so yang boleh defer UQ ja sebab UNSW ada bagi aku passcode la suh log in kat web unsw untuk update info. Then aku tak buat. Kemudian expired la aku punya passcode. IDP cakap kalau nak pergi UNSW jugak kena apply application baru and tunggu berminggu la. UQ tak perlu passcode bagai. Defer dekat UQ ambil masa seminggu je then dapat notice dekat emel.

2. IELTS

- Tak kesah la MARA belum bagi kata putus yang korang ni layak fly ke dok. Yang penting pergi je amik IELTS tu. Kalau tak pass repeat selagi mampu kay. Dun give up (tipu je. aku pun give up banyak kali amik tak pass) 

- IELTS boleh ambil dengan BRITISH COUNCIL atau IDP EDUCATION. Fee RM 795
Refer link ni nak tau pasal perbezaan ambil dengan BC and IDP sebab aku dah ambil dengan 2 comp ni.
Klik : IDP or BC FOR IELTS

- ILETS boleh claim dengan MARA balik. Tapi makan masa jugak la


3. OFFER LETTER (1ST ROUND)

- Kena check sama ada korang ni layak tak untuk belajar di luar negara dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Nak tunggu MARA keluarkan result memang lambat. Kalau rasa diri tu dah layak and menepati kriteria, korang jangan tunggu MARA kata yes/no, korang proceed je buat permohonan uni & IELTS. Nak dekat2 fly nanti baru MARA akan bagi kata putus yang korang layak. Batch kami punya guna Skim SPC-DPC (Skim Pelajar Cemerlang). 

- Skim SPC-DPC ni tetiba je dapat lepas aku habis SPM tahun 2013 dekat MRSM. Skim ni MARA yang anjurkan then aku apply je la. Tetiba sebelum result SPM keluar, kolej under MARA ni offer untuk ambil Diploma 3 tahun fully sponsored elaun dan tak perlu bayar balik. Dalam offer letter tu siap tulis kalau result gempak boleh apply pergi study oz. 

Check dekat sini : http://online05.mara.gov.my/spc-dpc/ (versi 2017 )



Daftar masuk guna IC 

Page ni akan keluar bila dah LOG IN. Dalam lampiran tu kata yang korang layak fly.

4. DURATION

- Kalau dah lepas IELTS boleh proceed dengan LAMPIRAN A, B, C & D. 

- Kepada yang belum pass IELTS takpa sebab still ada masa lagi. Jangan risau. Kalau korang rasa tak nak reseat or dah giveup dah amik IELTS korang boleh tukar surat tawaran korang untuk belajar dalam Malaysia tapi still MARA tanggung kos pembelanjaran & elaun (LOAN to be exact).

Nampak tak. Baikkan MARA siap bagi lagi tempoh. Feb, July, Sep. Bahagian tarikh tu adalah tarikh untuk korang submit borang kepada MARA

5. SUBMIT BORANG KE MARA

- Korang baca sendiri la apa nak dekat setiap lampiran tu. Macam medical chekup yang dalam borang tu hanya untuk MARA. Untuk medical checkup visa nanti korang buat lepas dah submit borang dekat MARA dan dapat Financial Affidavit (FA). Untuk borang sijil sokongan luar negara kena pergi hantar dekat Putrajaya. 


- Setelah selesai mengisi LAMPIRAN A, B, C & D kemudian korang submit ke MARA.Tak sure boleh hantar by emel or pos. Aku hantar by hand. Sebaiknya pergi bangunan MARA waktu pagi ke tgh hari. Waktu tu tak ramai orang. Apa-apa borang tak lengkap nanti pegawai MARA yang bertugas akan call korang.

5.1 MEDICAL CHECKUP MARA 


- Boleh buat dekat mana-mana hospital tak perlu appointment pun. Ada urine test, x-ray dengan blood test. Sebab ada blood test cost jadi mahal sedikit. Total cost aku buat dekat Hospital Al-Zahrah, Bangi dalam RM 260 something. 


5.2 SIJIL SOKONGAN LUAR NEGARA


- Ada disediakan dalam lampiran dokumen yang perlu hantar ke Kementerian Pedidikan Tinggi, Putrajaya. Location terletak berhadapan dengan Pullman Putrajaya. Tunggu dalam tempoh 7 hari then call semula Kementerian tanya sama ada sijil tersebut dah siap ke belum. Kemudian pergi ke sana balik boleh collect Sijil tersebut. 



5.3 E-VETTING (e-vetting cgso)


- Nanti dalam tu ada mintak isi e-Vetting atau dikenali sebagai Tapisan Keselamatan. Tu isi jugak tapi tak payah tunggu pihak atasan dekat kementerian sahkan. Then print sebagai bukti yang korang dah isi e-Vetting tu. Then lampirkan dengan semua borang sebelum hantar dekat MARA. 

- Masa daftar evetting tu pastikan nama betul-betul ikut dalam ic. Kalau dalam ic tulis "binti" so letak yang sama. Jangan letak "bt" pulak. 




6. FINANCIAL AFFIDAVIT (FA)


- Apply FA lepas je korang submit semua docs tu dekat MARA then apply FA by emel Nah dcipma@mara.gov.my

- FA ni kena hantar dekat IDP yang menyatakan MARA akan bayar kita punya tuition fee dan secure university placement. Ni IDP yang akan settle dengan University. Korang kena tunggu je okay untuk dapatkan eCoE untuk buat Visa.





Then dapat FA ni melalui emel.




Ni caranya. Insyaallah

7. VISA/eCoE

- Untuk dapatkan Visa Application or nak buat Visa kena hantar Financial Affidavit (FA) yang korang dah dapat dari MARA tu kepada agen.

- Selang beberapa hari tu agen bagi notice yang kita dah terima oCoE.



Inilah CoE

- Jangan lupa ya, CoE ni kena hantar kepada MARA juga.


- Then agen akan bagi borang Visa Application untuk di isi. Dalam tu ada la details pasal pembayaran Visa iaitu 550 AUD tak termasuk credit card charge. Wajib ada Credit Card. Untuk Visa pakai duit sendiri dulu then baru boleh claim dekat MARA. (Senang cerita semua benda pakai duit sendiri dulu).







7.1 VISA APPLICATION & VISA MEDICAL CHECKUP 


- Korang boleh buat medical checkup ni lepas submit borang Visa Application dekat IDP EDUCATION. Inform sekali tarikh yang korang nak pergi buat checkup sebab IDP akan launch Visa apabenda tah. Then baru boleh buat checkup. Then IDP akan attach health referral letter dengan receipt payment. 

- FYI tak semua agen yang uruskan Visa Application, cari agen yang uruskan semua sekali sebab visa ni complicated nak buat. So guna agen, save time korang semua.

- Dokumen perlu bawa untuk medical checkup ni :


a) Health Referral Letter yang IDP bagi tu
b) Original Passport
c) Duit bayaran Rm 260

- Ada medical checkup untuk Visa kena buat dekat Lifecare Bangsar South. Sebab Lifecare ni ada link dengan Aaustralia, New Zealand dan UK. Lifecare ni yang akan urus kita punya Visa Application & Visa Medical Checkup serentak. Sehari korang datang Lifecare Bangsar kemudian siap 2 perkara tu. 


- Medical chekup cost plus GST RM 260 berapa sen tak ingat.  Tak perlu bawa gambar visa pun sebab dekat Lifecare tu nanti derang yang akan ambilkan dan cost dah termasuk dalam RM 260 tu. Masa checkup ada buat x-ray dan urine test sahaja. Please tak digalakkan berpuasa time buat medical checkup tu. Saya sarankan minum air banyak-banyak kalau tak pass urine test tu kena buat lagi sekali tambah RM 15.  Sebab procedure nak ke Aussie sangat strict bila bab medical checkup. 


- Time buat Visa ni pening jugak la sebab dapat serentak nak buat visa dengan settle Surat Rasmi MARA. Settle satu-satu. Visa kena settle kan dulu. 


- dalam masa 5 hari baru dapat emel status permohonan visa tersebut iaitu Visa Grant


Procedure nak buat Visa




8. OFFER LETTER RASMI MARA (2ND ROUND)

- Dapat surat tawaran rasmi ni setelah korang hantar yang 1st offer letter tu.

- Yang ni memang serabut sebab banyak dokumen nak kena uruskan dalam tempoh 7 hari sahaja.

- Dalam borang-borang tu perlu ada 2 orang penjamin, Ada perlu mati setem hasil. Nak dapat cop Pesuruhjaya Sumpah. Banyak sangat procedure. Perlu baca dengan teliti.


- List dokumen :


BUKU PANDUAN PERJANJIAN
BORANG LPP4 

BORANG LPP6
BORANG LETTER OF CONSENT
SURAT IRINGAN
BORANG TEMPAHAN TIKET KAPAL TERBANG
SURAT TAWARAN RASMI
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
FINANCIAL STATEMENT


9. SURVEY RUMAH & AIRPORT PICKUP

- Survey dan book sekali untuk airport pickup sebab MARA memang tak uruskan. So pandai-pandai hidup. Dekat link bawah tu dah ada semua. 

- Dalam kesibukan nak tunggu Visa siap, korang dah boleh survey tempat tinggal dekat sana. Ni kawan dekat UQ yang bagi link ni. Boleh refer situ. 


- Ni link sebagai rujukan :

10. VISA APPROVED 


- Setelah 5 hari siap sudah Visa. Agen IDP akan bagi emel Visa Grant bila dah siap. Then lepastu IDP akan bagi jugak apa perlu buat lepas visa siap. 

- Bila visa dah siap, maksudnya semua dokumen dah settle dengan IDP. Then IDP ada juga invite untuk attend pre departure program yang mereka anjurkan. 

11. BOOK FLIGHT TICKET


- Lepas dah siap visa, boleh rujuk dekat MARA berkenaan tiket kapal terbang. 

- Hantar 3 borang tersebut ke emel dcipma@mara.gov.my  jika ingin MARA belikan tiket kapal terbang:

a) Salinan Visa
b) Salinan Passport 
c) Borang tempahan tiket kapal terbang


Borang Tempahan Tiket Flight

- Kalau tak nak, boleh beli sendiri. Pilih tarikh pun sendiri tapi pastikan tarikh fly sebelum class start. 

Sebarang keraguan atau pertanyaan boleh emel je dekat MARA 

12. CLAIM @ MARA


- 3 perkara yang boleh claim balik (pastikan ada resit) : 
MARA sarankan claim dekat aussie sebab cepat dapat balik claim tu.

a) Yuran IELTS (RM 795)
b) Visa (550 AUD)
C) Ticket flight jika beli sendiri



13. PRE DEPARTURE PROGRAMME 



Kira Final stage sebelum fly. Dengar taklimat pasal bayaran balik loan, apa perlu buat bila dah ada dekat sana, taklimat tentang elaun. Yang penting MARA suruh bawak salinan passport, IC & offer letter tu sebab nak buat bank dekat aussie (ANZ BANK). Maksudnya buat dari Malaysia siap2 then kat sana boleh collect je kad bank tu. Last sekali ada MARA ada bagi saguhati sikit then sesi bergambar sikit. 


14. Prepare barang & makanan

Bawa je apa korang rasa nak bawa. Airport dekat Australia memang tak check langsung (tak buka pun) bag. Paling2 lalu dekat anjing je. Yang penting declare barang yang kita bawa & jujur bila orang airport tu tanya barang apa yang kita bawak. Derang takkan rampas punya dan bagi korang lepas begitu sahaja. 

Barang yang perlu bawa 

a) MILO (Wajib)
b) Cube ayam 

Barang yang tak perlu bawa sebab barang2 tu ada dekat Australia dan harga berpatutan

a) Sos cili & tomato
b) Kicap
c) Stokin
d) Jacket
e) Tshirt
f) Seluar tidur


     
 
     


 

 

 




















BERSAMBUNG......................................






You Might Also Like

47 comments

  1. boleh tak nak tahu. sebulan mara bagi berapa aud eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://future-students.uq.edu.au/pre-departure-seminars

      Delete
  2. FA dan FINANCIAL STATEMENT tu sama ke? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. FA (FINANCIAL AFFIDAVIT) untuk bagi tahu Uni yang kita adalah pelajar tajaan MARA. FS (FINANCIAL STATEMENT) ada details2 yang menyatakan kita pelajar tajaan MARA dan berapa amount yang MARA akan keluarkan untuk bayar fee kepada Uni. Then FS jugak ada tulis berapa tempoh pengajian kita di sana (FS ni lebih details). FA & FS dua dokumen yang berbeza. Pastikan ada kedua-dua dokumen tersebut. Boleh saya tahu saudara/saudari akan ke university mana?

      Delete
    2. see you next semester :)

      Delete
    3. https://future-students.uq.edu.au/pre-departure-seminars

      Delete
  3. how much is your rent per month?

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://future-students.uq.edu.au/pre-departure-seminars

      Delete
  4. 260 Aud for 2 weeks (shared bedroom), not including WiFi ($15) and electricity.

    ReplyDelete
  5. salam masa kita nak fly tu, mara dah siap2 bagi duit poket/elaun untuk sebulan ke?

    ReplyDelete
  6. hi, mana boleh dapat borang permohonan tiket penerbangan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh email ke mara untuk tanya permohonan ticket atau beli sendiri kemudian boleh claim

      Delete
  7. Nak tanye berape cgpa utk layak dpt bantuan mara tu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk daat bantuan MARA, kena dapat CGPA 3.5 and above bagi lepasan Diploma dan juga at least 6.5 untuk exam IELTS.

      Delete
  8. Replies
    1. Kalau ambil IELTS dengan IDP kena bayar fee IELTS tu sahaja.

      Delete
  9. Berapa Kali ambil IELTS?. Saya ambil dekat 4 Kali Tak lepas. Tapi dah dapat kelulusan pinjaman MARA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiga kali juga ambil. Never give up. Insyaallah ada rezeki tu

      Delete
  10. Rasanya skrg masih terbuka lagi ke biasiswa ini atau sudah tiada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berapa pasti masih ada atau tidak program ni. Tapi kena selalu buka website mara sebab macam-macam program dah ada sekarang ni

      Delete
  11. salam..biasanya elaun mara tu cukup ke utk tampung hidup di aussie atau parents still kena bantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Cukup sahaja. Adjust expenses for rumah. Rumah kalau boleh jangan terlalu mahal and ada spare fund for rumah in case need to pay for house repair. Especially when you in your final semester

      Delete
  12. Hi saya dah dapat tawaran pinjaman pelajaran MARA untuk program WTU 2021 dan akan mulakan pembelajaran february 2022 nanti. Nak tanya, untuk pinjaman MARA, selepas graduate dari university kena balik Malaysia serta merta ke ya? Ataupun boleh dapatkan pengecualian dari balik kalau dah dapat tawaran bekerja di Australia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Lepas habis belajar boleh sahaja nak kerja di sana. Tapi wajib untuk lapor diri sebab untuk urusan potongan bayaran balik ke MARA. Tak silap sekarang ni boleh lapor diri melalui email, sertakan transcript dan graduate certificate. Apa-apa pun bincang dengan pihak mara terlebih dahulu. All the best ya!!

      Delete
    2. Maaf nak tanya…time apply tu ..pointer berapa eh..

      Delete
    3. Hi, masa tu pointer untuk fly 3.5 sahaja. Rasanya sekarang dah bertukar 3.75.

      Delete
    4. hi, nak tanya wtu tu macam mana eh ? kena ada offer dari top university baru boleh apply ke macam mana ?

      Delete
    5. yupp, ada unconditional offer / conditional offer from top university yang mara dah bagi list. kalau dh ada offer tu, bru boleh apply for sponsorship.

      Delete
  13. Document2 mara semua tu kira agent idp yg akan guide jugak ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, document MARA semua kita akan urus sendiri dengan pihak MARA. Agent IDP hanya bantu sampai IELTS dan dapatkan placement untuk uni sahaja.

      Delete
  14. Hi, boleh tau tak awak punya offer iesp mara tu (loan mara) offer bulan berapa. Sbb since batch saya dia offer bulan 6 jadi intake july tak lepas nak pergi utk uq, nak pergi untuk next intake agent tak sarankan takut syarat mara berubah untuk tahun akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. My offer sama, masuk for June/July. If loan mara, kena follow tarikh penghantaran dokumen (Refer part ni 4. DURATION). Sepatutnya awak lepas tu, prepare saja semua document and submit ikut duration before 30 May. Next intake September kan, selalunya ni untuk UK. Awak try apply semua possible top 50 uni, then dah dapat je offer letter uni and lepas ielts boleh bincang dengan pihak MARA semula.

      Delete
  15. Hi boleh saya tahu for accomodations, how do you find places ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.
      For Brisbane St Lucia Queensland you can join FB group below:

      1. https://www.facebook.com/groups/1650834661865447 (Brisbane Swap, Buy & Sell)
      2. https://www.facebook.com/groups/192350190933828 (IKLAN PPMQ)
      3. https://www.facebook.com/groups/PPMQoz (PPMQ)
      4. https://www.facebook.com/groups/192754097537093 (Brissie Student MARKETPLACE)
      5. https://www.facebook.com/groups/1068055616539137/ (Brisbane Student Accommodation)

      Delete
  16. Hi! IELTS one of requirements ke untuk student visa? If masa apply visa tu IELTS cert dah expired tak diterima ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      IELTS requirement only for MARA sponsorship. Boleh apply visa if tak ada ielts. Uni perlukan juga ielts tapi boleh ambil dekat sana

      Delete
  17. Hello! Nak tanya, for rent and allowance mara bagi asing or 1200 aud tu dua-dua sekali ye? Btw thank you in advance! 🙌🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,

      1200AUD for both. Tak ada seperate allowance

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, if buat dengan IDP, fee tak perlu bayar sendiri, MARA akan settle w idp nanti

      Delete
  19. kena bayar untuk insurans jugak ke kalau nak buat visa? Berapa ye? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,

      Ye kena bayar untuk insurance sekali tapi sorry this part I tak ingat dah. But you may refer to link below.

      https://study.uq.edu.au/university-life/getting-prepared-to-come-to-australia/overseas-student-health-cover

      Delete
  20. Hi, boleh saya tau, how long ye nak dapat jawapan mara? since the day of the closing date, how long bru dpt respond berjaya? or even if gagal

    ReplyDelete
  21. Thank You and I have a super supply: What Renos Add Value house renovation on a budget

    ReplyDelete