Glamping/Camping The Hideout, Ulu Yam #glampingbytheriver
00:55Hi Guys.
Selepas habis pkp je, auto nak pergi jalan-jalan. Jadi kali ni kita ke Hid3out, Ulu Yam Selangor (1-2 October 2021).
The Hideout, Ulu Yam ni area sini adalah tempat untuk orang berkelah dan juga mandi manda sungai. Area sini dipanggil Hutlista dan Hid3out ni pula kawasan sebelah dia more to private accommodation untuk bermalam di dalam khemah.
Di kawasan ni ada limited ada 3 khemah sahaja untuk di sewa. Tapi bayaran dikira per head. Dan kawasan ni tidak bahaya sebab ada orang jaga dan juga kawasan sebelah ada ramai lagi orang berkhemah. Suasana malam amatlah tenang. Parking area juga ada orang jaga.
Semua benda dah disediakan. Bawa diri dan pakaian yang secukpnya sahaja. Tempat ni memang bersih ya.
Package termasuk (range RM 140 per pax):
- Breakfast & BBQ dinner (masak sendiri) - sosej, daging, ayam, kambing, telur, mushroom, roti, minyak masak, garam, butter, sos cili
- Khemah (1 katil queen dan 1 katil single)
- Private dapur
- Private peralatan memasak
- Private tandas
- Sabun mandi
- Air mineral botol besar
- Kipas dalam khemah
- Mini pool
- Hammock
Betul-betul depan tapak khemah ni dah boleh mandi sungai dan juga bbq dengan family dan kawan-kawan. Sungai memang bersih dan tak campur dengan orang lain sebab our area ada pagar.
0 comments