- Travel Agency
Masa awal tu buat comparison dengan Muslim Travel Bug & Lurima Travel. At the end pilih Muslim Travel Bug sebab package dah include makan. So dari Malaysia dah boleh bajet la nak bawak duit berapa lepas dah tolak expenses untuk makan. Setakat ni Muslim Travel Bug yang offer package paling murah untuk ke Korea with very good service plus derang ada offer package kalau nak pergi Jeju jugak.
Pergi untuk 8 hari then Muslim Travel Bug bagi service travel guide untuk 5 hari include lunch & dinner. Setiap hari kami dapat travel guide yang berlainan which is student yang study dekat Korea. Seriously, best dan derang semua beri layanan tiptop. Thank you tour guide Ajim, Mariya, Fateha, Amir & Jasmine Tapi jadual sangat pack kalau dalam itinerary tu banyak tempat nak pergi dalam sehari. Which tak dapat pusing-pusing dan semua berlari macam Divergent ke subway nak pergi tempat lain pulak.ps : (tak sesuai kalau untuk orang yang berumur sikit)
Overall, good. 4 out of 5 for their services.
Checkout my vlog : Winter in SEOUL, Korea
2. Penginapan
Muslim Travel Bug bagi penginapan di Sinchon Guest House/Sinchon Traveller Base Camp. Okay la untuk tidur malam je kan, tak payah memilih sangat. Free breakfast, ada telur,roti & non-halal ramyun and also sharing kitchen. Pagi tu bergelut la nak sarapan denagn semua orang.
Bilik kami untuk 3 orang. Ada satu lagi katil single kat tepi tu. |
Sinchon Guesthouse terletak 5 min jalan kaki dari Ewha Women University. Serius best giler sebab malam-malam boleh jalan dekat Ewha Street macam pasar malam la tutup pukul 10 mlm. Barang dekat situ serius murah-murah berbanding. Baju dengan bag dalam 10,000 won je.Area Ewha malam-malam tenang je dari gangguan night club. Semua kedai kosmetik yang ada dekat Myendong, ada dekat Ewha tau. So kalau tak sempat shopping dekat Myendong, bole top up dekat Ewha. Plus ada store Lotte El Cube yang jual barang-barang dari YG artist, makeup 3CE-Moonshot-April Skin-22 Chosungah. Tak payah pergi Stylenanda Store dekat Hongdae untuk peminat makeup 3CE.
1,000 won jerrr |
Shopping street dekat Ewha |
Ni la tempat femes bergambar dekat Ewha Women University |
3. Makanan Halal di Seoul
a) Area Itaewon banyak yang amat sangat kedai Arab & Muslim Halal food.
Tu student Malaysia jadi cashier dekat restoran ni |
Restoran ni kecik je. Kalau ramai kena beratur. Serius sedap |
b) Alchoon Restaurant (area Ewha Women University)
Nasi + telur ikan + garlic paste + seaweed. Harga dalam 4,000 won. Sedap giler. Ni 2 kali ulang makan sini |
c) Yooganae Restaurant (area Myendong)
Satu benda besar ni kami makan 5 orang, tak habis pun. |
d) Nasi Goncang ( Nami Island)
Nasi + tuna + telur. Rasa macam makan nasi dengan sardin |
e) Sindang Ttpeoki Town
f) Insadong Vegetarian Restaurant (boleh rasa jjangmyen halal,sumpah sedap)
Tadaaaaa my jjangmyeon. Harga dalam 8,000 won |
g) Lotteria (order Shrimp & Octopus burger)
Shrimp Burger. Harga dalam 5,300 won. |
h) Goosami Restaurant (sebelum datang tour guide dah book dulu meja sebab selalu ramai)
i) Restorann ni area Insadong (lupa la nama)
j) Churros 101 (dekat dengan Bukchon Hanok Village)
Rasa memang berbaloi dengan harga |
Lepas nampak poster WGM Yura & Jonghyun, lagi la kemaruk nak beli. |
k) Milky Bee (Myendong)
l) Kedai ni sebelah Sinchon Guesthouse (tak ingat nama)
Nasi + cheese + tuna. Nampak menyelerakan, tapi bila korang dah makan muak weh. |
4. Tips Berbahasa
a) Kalau sesat nak pergi mana-mana boleh tanya je dekat kedai-kedai kosmetik yang ada sebab mostly derang semua faham English. So no prob.
Selalu ada map okay |
b) Ada sekali tu, pergi Lotteria tanpa tourguide then order la shrimp burger dekat mak cik kaunter tu, tapi dia duk la tak paham-paham apa kami order. Then, akhirnya ada budak sekolah yang tolong kami order sebab dia tau cakap English. So boleh juga minta pertolongan dekat derang.
c) Then kami pergi Hongik University nak pergi ehibition dekat sana tapi tak tau arah. Tanpa segan silu tahan je oppa2 & noona2 yang hensem kat sana. Kahkah. Derang pun boleh cakap English walaupun not that perfect. Tapi masa tahan derang tu iolsss cakap "Exhibition oddissoyo? Sambil tunjuk poster dekat situ". Amik kau dia balas dalam Bahasa korea. T.T. Lepas tu tergamam seketika, then noona tu pun reply la dalam English. Dia cakap "Go straight, turn left,downstairs". Mesti dalam hati dia cakap "nasib baik senang". Huhu
Opps jumpa oppa Gong Yoo (Goblin) dekat subway. Hensem nauuu |
d) Dekat Korea semua benda dalam tulisan Hangul dia tu. Even machine T-money sebab beza untuk express dengan apa tah. Kalau korang pergi trip tanpa tourguide tak tau nak isi T-money, korang nampak je group Malaysian tourist tanya cemana nak isi. Huhu. But then derang tak tau. No worries, derang suruh tourguide dia yang tolong korang. Orang Malaysia baik semua. Even dekat sana berselisih memang tak nak pandang la katakan.
e) Kalau korang dah turun subway korang takkan ada chance untuk kejar orang-orang Korea untuk tanya arah. NO!NO!. Tanya siap2 masa dalam subway. Derang punya jalan sambil tengok phone tu lajunya macam dalam Maze Runner wehh, derang takkan ada masa untuk berhenti jawab soalan korang tu.
f) Paling tak faham bila student Malaysia dekat sana pun dah muka sama macam oppa-oppa Korea ni masalah dunia betul. Nak tau dia Malaysia ke tak, korang buat-buat la cakap bahasa melayu kuat-kuat bagi satu dunia dengar. Then, dia tetiba pandang kat hangpa, he's the one gaissss. Untuk korang meminta pertolongan.
5.Tips pemakaian waktu Winter (1/12/2016-8/12/2016)
a) Kasut.Korang nak travel antara period ni tak perlu la nak berboot-boot bagai sebab nak nampak lawa dalam gambor melainkan korang beli Timberland tu. Sport shoes sudah memadai sebab time tu tak hujan dan tak ada salji pun turun.
b) Baju. Wajib la ada baju winter and long john. Tak perlu banyak pun sebab ada hari yang korang tak perlu pakai pun. Let say temperature dekat sana 8 degrees macam tu, korang tak perlu pakai pun long john. Cukup sehelai baju biasa dan winter coat tu je. Dekat sana pun banyak je jual. No problem kalau nak beli dekat sana jugak
Baju-baju yang sweatshirt lelaki perempuan semua 10,000 won |
Ni dekat Ewha Women University. Semua 10,000 won |
6. Things you shouldn't do in Korea
a) Derang pantang kalau korang buat basah-basah toilet. Ada satu kali tu pergi isi air dalam botol nak p tandas. Then dah masuk tandas baru nak lock pintu tu, mak cik cleaner tolak pintu aku sekuat hati almost terjunam aku dalam mangkuk tandas tu. Aduhhh padia entah. Then baru tau, dia perasan aku bawa air dalam botol, dia tak bagi sebenarnya.
Second situation, ambil wuduk dalam tandas. Ada la basah-basah sikit. Then pengguna toilet tu report dekat orang atasan tempat tu. Orang tu datang la bebel dekat kami.
b) Never judge kalau korang tetiba nampak dalam kedai tu orang Melayu tengah makan padahal signboard & buku menu kat luar kedai tu ada tulis pork. NEVER!!. Makan maggi je la hari-hari kalau korang macam. Nak cari makanan yang 100% halal bukanlah semudah yang disangka kayyy.
Even dalam menu pun ada pork |
c) Jangan sesekali cakap derang they look like Chinese. NEVER!! Tak tau la awat deme ni anti gila dekat orang yang mai dari China. Sebelum ni tengok movie korea, orang dari China tu bila datang Korea kerja sebagai maid/babysitter gitu. Tak tau apa sebabnya ya.
Masa dekat Gyengbokgung Palaca, my cousin ada tanya pekerja ni "Are you a Chinese or Korean?". Then laju2 dia jawab " I'm Korean". Tetiba dia tanya "Why do you think that i'm a Chinese?". Haaaaa amikkk kau terkedu kat situ.
7. The real Korean
a) Racist. Masa naik bas tak da tempat kosong, sebelah my aunt ada la satu seat. Orang Korea ni sanggup berdiri daripada duduk situ. Bukan next stop dekat. Jauh masalahnya rela berdiri.
Mak cik- mak cik racist |
Second situation, naik subway pun penuh memanjang. My aunt duduk je la diantara orang2 korea and sebelah couple ni. Ada couple ni lepas je orang sebelah dia keluar train , terus jauhkan tempat duduk dari my aunt. Apa dia ingat orang nak bunuh dia ke? What the hell?
b) Tak mandi beb. Muka je lawa putih berseri tapi tak mandi. Lawa? Eh serius lawa weh orang Korea sekarang memang tak de pun hodoh seperti yang korang sangkakan dah pakai makeup and bergaya semua.
Rambut pun lawa |
Masa naik train nak pergi Nami Island tu dalam 45 min. Naik je train tu perghhhh bau dia busuk giler. Tuhan saja yang tau. Kena pulak waktu winter, tak pasang aircond dalam tu. Haihh. Sis tabah je lah. Duduk pulak sebelah menyebelah dengan derang.
c) Tinggi. Orang korea tak buat plastic surgery kayy untuk tinggi. Memang generasi derang dekat sana dah start meninggi sebab faktor makanan bak kata tour guide. Ye la ajusshi dengan halmoeni dekat sana rendah je macam kita-kita ja. Tapi muda-mudi memang tinggi, lelaki mahupun perempuan. Tinggi macam idol-idol Korea tu la. Jeles iolsss
8. Wajib shopping di Korea
a) Makeup (mana-mana pun ada)
Susah nak cari makeup palette dekat Korea. Banyak jual berasingan |
b) Brooch (Dongdaemun) & aksesori wanita
c) Kpop merchandise (Gangnam Underground Shopping) & (Insadong)
Harga memang mahal. Ni 12,000 won |
d) Album Kpop (Myendong,sebelah kedai Milky Bee je)
e) Banana Milk
Boleh juga bawak balik tapi packaging dia lain sikit which is dalam bentuk air kotak yang selalu kita minum dkat Malaysia tu. Harga paling murah pernah jumpa 1,000 won. Dekat 7-Eleven 1,300 won. Ada perisa strawberry,light banana. Dekat airport pun 1,300 won.
f) Sudu Korea
Tourguide cakap kalau makan pakai sudu tu rasa lagi sedap makanan tu. Huhu
PHOTO GALERY
War Memorial Museum |
Bukchon Hanok Village |
Entrance Masjid Itaewon |
City of Seoul |
Namsan Tower |
Gyengbokgung Palace |
Gyengbokgung Palace (night view) |
Nami Island |
Gwajang Market |
Dongdaemun Design Plaza (DDP) |
Gangnam Street
|