Kepada mereka lepasan Diploma tak tahu nak sambung belajar ke kerja ke apa-apa ke boleh pilih la mana satu nak buat. Sebenarnya banyak je peluang untuk sambung belajar at least sampai ada Degree tapi kita kurang pendedahan tentang itu. Bukan yang ada Diploma tak berjaya, tetapi dah masuk alam perkerjaan, mana-mana syarikat semua nak ada kelulusan at least Degree dan kalau Big 4 (EY, Deloitte, etc) kena dapatkan Professional Certificate. Nak tahu lebih mendalam aku suggest korang untuk baca blog yang aku jumpa ni Accountant (tekan link ni)
a) Sambung belajar di universiti dalam negara
Walau macam mana result kita dapat, masih boleh sambung Degree ye. Boleh pergi ke IPTS atau IPTA, ikut perancangan korang. Kalau pelajar tajaan MARA yang ada bond, boleh berbincang dengan pihak MARA untuk pergi ke universiti yang mereka taja.
b) Sambung belajar di univeristi luar negara
Result mesti kena padu masa Diploma untuk dapat tawaran sambung ke luar negara sekiranya inginkan tajaan dari pihak tertentu. Result tak padu jangan rasa down, mungkin rezeki time kita kerja nanti siapa tahu. Kalau nak pergi sendiri tak kisah result berapa pun still boleh fly juga. Lagi best korang boleh la try buat double major etc Accounting & Finance, Accounting & Economics dll
Boleh refer sini Sambung belajar ke luar negara (tekan link ni)
c) Kerja & dapat biasiswa untuk sambung belajar
Zaman kami Diploma dulu, kami tak diberikan pendedahan sangat tentang next step after Diploma untuk ambil professional papers. Apa yang kami tahu, score every sem then dapat fly. Masa tu siapa je tak nak fly. Walaupun dah dapat result padu tapi banyak halangan juga masa nak fly tu.
Lepas fly, baru tahu ada satu program di mana Big 4 ada buat program bagi pelajar lepasan Diploma, Foundation, STPM dll untuk kerja di syarikat mereka. Sambil kerja mereka bagi financial support untuk sambung ambil professional papers. Kira untung di situ sebab korang dah secure job, ada gaji, ada pengalaman bekerja dan dah ada ACCA etc.
Nak apply boleh terus pergi ke mereka punya Official Website atau Jobstreet (tekan link ni)
d) Kerja & pengajian jarak jauh (PJJ)
Masa intern dulu ada dengar-dengar gitu je pekerja office tu nak sambung PJJ. Tapi caranya aku tidak pasti. Boleh rujuk kepada yang mahir. Tapi ni salah satu option juga.
c) Memohon jawatan di SPA
Ini juga aku tidak beberapa pasti procedure macam mana. Tapi yang pasti boleh daftar di Official Website SPA (tekan link ni)
*Zaman sekarang nak cari kerja memang susah, jadi anda buatlah pilihan yang bijak. Cari seberapa banyak pengalaman berkerja mislanya buat Internship di syarikat-syarikat besar atau kecil. Lebih digalakkan buat di syarikat besar lah. Contohnya universiti bagi cuti 3 atau 6 bulan. Cari inisiatif sendiri untuk buat intern walaupun universiti dah wajibkan untuk pergi intern masa last sem nanti. Tak apa je pergi cari pengalaman dan ambil tahu minat kita yang mana sebab Accounting ni bidang kerja sangat luas.
Jika anda ada cadangan lain boleh comment di bawah. Thank you gaisss